Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Jambatan gantung Kampung Nelayan Tengah tutup sementara

    SANDAKAN, 12 JAN – Jambatan gantung usang di Kampung Nelayan Tengah dekat sini ditutup sementara mulai hari ini sebagai langkah keselamatan.

    Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung itu dalam kenyataan di sini memaklumkan keputusan itu dibuat atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang memutuskan jambatan berusia lebih 30 tahun itu tidak selamat digunakan sebagai laluan pejalan kaki.

    “Sehubungan itu, ahli JPKK di Kampung Pampang dan Kampung Nelayan Tengah perlu memaklumkan kepada penduduk kampung masing-masing tentang penutupan jambatan gantung berkenaan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...