Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Janna Nick ambil ubat anti kemurungan?

    Pengambilan ubat antikemurungan yang disarankan oleh doktor membuatkan pelakon Janna Nick kurang beremosi ketika melakonkan sesuatu watak.

    Ingin memberi keutamaan kepada kesihatan mental yang dihidapi, Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner membuat keputusan memperlahankan kerjaya seninya tahun ini.

    Bagaimanapun, pelakon dan pengacara berusia 27 tahun ini tetap akan aktif bekerja di belakang tabir.

    “Saya pernah berkongsi mengenai ubat anti kemurungan yang buatkan saya kurang beremosi. Tapi saya berhenti ambil seketika sebab nak menjiwai watak untuk sesebuah naskah.

    “Tugas sebagai pelakon memerlukan saya untuk mendalami watak yang diberikan sepenuh perasaan. Jadi, kalau saya ambil ubat itu, saya tak dapat berlakon dengan baik.

    Janna mahu memperlahankan kerjaya seni demi menjaga kesihatan mentalnya. – Agensi

    “Sebab itu juga, saya kini memilih untuk perlahankan kerjaya seni tapi bergerak aktif di belakang tabir,” kata Janna kepada mStar.

    Janna kini lebih aktif menjadi pengarah selain mempunyai syarikat pengurusan artis di bawah jenamanya sendiri.

    Pada April tahun lalu, pelakon drama Misteri Mona ini mendedahkan dia perlu berehat daripada media sosial berikutan masalah bipolar yang dihadapinya.

    Gangguan mental yang dialami juga hampir meragut nyawa apabila pernah dua kali membuat percubaan membunuh diri pada usia 14 dan 15 tahun.

    Dalam pada itu, Janna menyedari masih terdapat segelintir pihak yang menjadikan penyakit mental sebagai bahan jenaka.

    “Saya tahu ada pihak yang menganggap perkara ini sebagai bahan jenaka atau sekadar ‘content’, namun penyakit mental ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah.

    “Hanya mereka yang mengalaminya saja tahu sama ada penyakit ini berbahaya atau tidak. Jadi, saya menyerahkan kepada mereka di luar sana untuk membuat penilaian tersendiri.

    “Tahun ini saya memilih untuk mengutamakan kesihatan mental daripada melayan komen nakal warganet,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...