Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Jasad Nagaenthran disemadikan di Hindu Crematorium Buntong

    IPOH, 29 APRIL – Jasad rakyat Malaysia Nagaenthran Dharmalingam yang menjalani hukuman mati di Penjara Changi di Singapura Rabu lepas, telah disemadikan di Hindu Crematorium Buntong di sini hari ini.

    Jasadnya selamat disemadikan mengikut adat dan tradisi masyarakat India, selepas dibawa dari rumahnya di Tanjung Rambutan pada pukul 3 petang tadi dan tiba di pusat krematorium itu kira-kira pukul 4 petang.

    Suasana pilu ternyata menyelubungi perkarangan krematorium itu, apabila kalangan lebih 100 ahli keluarga dan sahabat handai mendiang yang hadir, tidak dapat menahan kesedihan selain ada yang nampak tenang sejurus jasad Nagaenthran tiba.

    Mereka yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang, sebelum pengurusan jasadnya disempurnakan kira-kira pukul 5 petang.

    Pada Selasa (26 April), Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu mendiang S. Panchalai, 60, untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya. – Bernama

    Ahli keluarga mengusung keranda Nagaenthran yang disemadikan di Hindu Crematorium Buntong, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...