Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Jepun lanjutkan bantuan ketenteraan AS

    TOKYO, 7 JAN – Jepun terus memperluaskan bantuan tentera Amerika Syarikat (AS) ketika sekutunya mengadakan perbincangan peringkat tertinggi hari ini mengenai ketegangan China dan Korea Utara.

    Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan kedua-dua buah negara menandatangani pakej bantuan lanjutan lima tahun yang disediakan oleh Jepun bagi menempatkan 50,000 tentera AS di negaranya.

    Perjanjian baharu ‘akan melabur sumber yang lebih besar bagi mengukuhkan persediaan tentera dan kebolehoperasian.

    “Sekutu kami mesti bukan sahaja mengukuhkan peralatan mereka tetapi turut membangunkan senjata baharu,” kata Blinken kelmarin di Washington.

    Tokyo membayar kos bagi tentera AS di negaranya berserta utilitinya. Perjanjian sebelum ini dijangka luput pada Mac 2021, namun dilanjutkan selama setahun ekoran perubahan pentadbiran di Washington.

    Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, berkata sekutu-sekutunya telah ‘berupaya mengembangkan peranan dan misi kami bagi menggambarkan pertumbuhan kemampuan Jepun untuk menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau’.

    Jepun melucutkan hak untuk berperang selepas Perang Dunia Kedua dan sejak itu membangunkan hubungan rapat dengan Washington, yang terikat dengan perjanjian untuk mempertahankan ekonomi ketiga terbesar dunia.

    Menurut kementerian luar, pakej baharu lima tahun itu akan bernilai 211 bilion yen setiap tahun fiskal, peningkatan kira-kira lima peratus.

    Pakej tersebut dipersetujui di tengah-tengah ketegangan semakin memuncak dengan China, yang telah meningkatkan serangan berhampiran Selat Taiwan serta di Laut China Timur dan Selatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...