Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Jepun: Pembuli siber boleh dipenjara

    TOKYO, 7 JULAI – Individu yang didapati bersalah terlibat dalam isu buli siber di Jepun kini berdepan hukuman penjara setahun di bawah peraturan yang dilaksanakan hari ini, yang diperketatkan selepas kes bunuh diri seorang bintang realiti yang telah diganggu dalam talian.

    Ahli gusti profesional berambut merah jambu, Hana Kimura, 22, seorang pelakon siri Netflix Terrace House meninggal dunia akibat bunuh diri pada 2020, hingga mencetuskan gesaan untuk peraturan lebih ketat mengenai penganiayaan online. Undang-undang dikaji semula itu mengikuti kempen penuh semangat oleh ibu Kimura, dan kini mengenakan denda sehingga 300,000 yen (AS$2,200) atau setahun penjara – meningkat daripada penalti sebelumnya denda sehingga 10,000 yen atau 30 hari penahanan.

    Menteri Kehakiman, Yoshihisa Furukawa berkata hukuman yang dipertingkatkan itu bertujuan untuk menjelaskan bahawa buli siber adalah satu kesalahan jenayah.

    “Adalah penting untuk kami berusaha menghapuskan penghinaan yang boleh mendesak orang mengambil keputusan untuk mati,” katanya pada sidang media minggu ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...