Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Jepun tampil gah atasi Paraguay

    TOKYO, 3 JUN – Pasukan Jepun akan menguji kemampuan mereka sendiri dalam menentang pasukan Brazil pada minggu hadapan selepas kemenangan 4-1 ke atas Paraguay di Sapporo, kelmarin.

    Juara Asia empat kali itu bakal bertembung Brazil dan bertemu dengan salah seorang pemain terbaik dunia, Neymar di stadium Olimpik, Tokyo pada Isnin nanti dengan harapan dapat menewaskan pasukan-pasukan Amerika Selatan untuk kali pertama di persada antarabangsa.

    Dalam perlawanan tersebut, Asano telah membawa Jepun mendahului apabila berjaya membolosi penjaga gol, Santiago Rojas pada minit ke-36 selepas menerima hantaran bola daripada Genki Haraguchi.

    Selain itu juga, Daichi Kamada, pemain yang telah memenangi Liga Europa bersama Eintracht Frankfurt pada bulan lalu, menggandakan kedudukan mereka untuk mendahului pada minit ke-42 dengan menanduk masuk bola hantaran daripada Ritsu Doan.

    Paraguay berjaya memperolehi satu jaringan gol, 14 minit selepas separuh masa kedua bermula menerusi bantuan Derlis Gonzalez tetapi pasukan Jepun menyerang balas serta-merta apabila Kaoru Mitoma menjaringkan gol berhampiran dengan gawang.

    Sementara itu, pasukan Hajime Moriyasu mengongsikan bahawa mereka ingin menguji potensi mereka sebelum mara ke Piala Dunia pada musim sejuk nanti, di mana pasukan mereka akan terlibat dalam pertembungan dengan beberapa kumpulan terbaik di Qatar, termasuklah pasukan Eropah, Jerman dan Sepanyol.

    “Kami bakal bertemu dengan Brazil selepas ini dan permainan mereka berada pada tahap yang tinggi,” kata pemain penyerang Jepun, Takuma Asano, yang telah mendapatkan jaringan gol pembuka semasa menentang Paraguay dengan rembatan yang mantap. Selain itu, pasukan tersebut juga ingin melihat kemampuan mereka dengan menentang pasukan tersebut dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan momentum permainan.

    Mereka harus mengenal pasti matlamat yang perlu dilakukan semasa perlawanan persahabatan nanti dengan Brazil, kerana pasukan tersebut telah membelasah Korea Selatan 5-1 di Seoul dengan bantuan daripada dua jaringan gol Neymar, kelmarin.

    Moriyasu telah menurunkan beberapa pemain semasa menentang Paraguay, ahli pasukan yang tidak akan menjadi kesebelasan utama nanti di Qatar, selepas percubaan untuk mengekalkan pelan barisan pemain semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia. – AFP

    Aksi Blas Riveros (tengah) ketika berebut hendak mendapatkan bola dengan Ritsu Doan (kiri) semasa perlawanan persahabatan antarabangsa antara Jepun dan Paraguay di Sapporo. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...