Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Juara Liga Super bakal terima RM2.4 juta

    KUALA LUMPUR, 28 MAC – Juara Liga Super musim ini akan menerima wang hadiah kemenangan berjumlah RM2.4 juta menerusi sistem agihan pendapatan berasaskan merit 2023-2025 yang diperkenalkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

    Pengenalan sistem agihan itu turut membolehkan enam kelab teratas tidak termasuk juara, meraih lebih RM1 juta sementara pasukan tercorot tetap membawa hadiah kemenangan berjumlah RM600,000 berbanding hanya RM250,000 pada musim lepas.

    Kadar agihan pendapatan kepada keseluruhan 14 kelab yang bertanding musim ini menyaksikan peningkatan sebanyak 96.55 peratus iaitu RM15.675 juta berbanding RM7.975 juta yang diagihkan kepada 14 kelab yang sama pada 2022.

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam berkata sebanyak RM6.95 juta akan diagihkan kepada setiap kelab berdasarkan prestasi masing-masing di penghujung musim sementara juara dan naib juara Piala MFL masing-masing menerima RM500,000 dan RM250,000.

    “Sistem agihan pendapatan berdasarkan merit ini sudah dibentangkan kepada rakan kongsi liga dalam pertemuan bersama kesemua CEO kelab Liga-M pada 15 Februari lepas.

    Sistem ini dilihat lebih adil buat kelab-kelab yang mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang musim Liga-M 2023.

    “Pembentangan yang dibuat mendapat reaksi cukup baik dan mereka menerima cadangan agihan pendapatan berdasarkan merit untuk diperkenalkan tahun ini,” katanya dalam kenyataan MFL, hari ini.

    Sementara itu, Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata peningkatan agihan pendapatan kepada semua kelab Liga Super musim ini adalah satu petanda positif terhadap perkembangan kancah saingan domestik. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...