Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kanak-kanak dua bulan antara pesakit komplikasi teruk COVID

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Terdapat lapan kanak-kanak berumur antara dua bulan hingga 10 tahun mendapat komplikasi setelah dijangkiti COVID-19, sejak Februari 2022.

    “Daripada jumlah ini, enam kanak-kanak didiagnosis dengan multisystem inflammatory syndrome (MIS-C), empat lagi mengalami simptom teruk perlukan rawatan rapi,” kata Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media hari ini.

    Menurut beliau, antara gejala yang dialami dalam kalangan mereka termasuk radang jantung dan tekanan darah rendah yang memerlukan bantuan ubat untuk menstabilkan tekanan darah.

    “Selain itu, fungsi organ-organ lain iaitu hati, buah pinggang dan tulang sum-sum (bone marrow) turut terjejas,” tambah Yang Berhormat Menteri Kesihatan.Beliau juga mengongsikan bahawa salah seorang kanak-kanak telah memerlukan pembedahan di bahagian abdomen.

    “Manakala, dua orang lagi kanak-kanak berumur di bawah satu tahun tidak didiagnosis dengan MIS-C, namun kedua-duanya memerlukan rawatan rapi,” katanya.

    Beliau juga menyeru ibu bapa membawa anak untuk vaksinasi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...