Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kanak-kanak terlibat buli siber meningkat

    COPENHAGEN, 27 MAC – Laporan WHO Eropah yang meliputi 44 negara hari ini mendedahkan kira-kira 16 peratus kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun yang terjejas dengan buli siber pada tahun 2022, meningkat berbanding 13 peratus empat tahun yang lalu.

    “Laporan ini adalah peringatan untuk kita semua untuk menangani buli dan keganasan pada bila-bila masa dan di mana sahaja ia berlaku,” kata pengarah serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge dalam satu kenyataan.

    Sekitar 15 peratus kanak-kanak lelaki dan 16 peratus kanak-kanak perempuan dilaporkan terkesan dengan kes buli siber kira-kira sekali dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menurut kajian itu yang bertajuk Health Behaviour in School-aged Children.

    Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan pandemik telah mengubah cara remaja berkelakuan antara satu sama lain.

    “Bentuk keganasan secara maya telah menjadi sangat relevan sejak bermulanya pandemik COVID, apabila dunia anak muda semakin terikat dengan dunia maya semasa sekatan pandemik,” kata laporan itu.

    Jenayah buli lain sebahagian besarnya kekal stabil dengan hanya sedikit peningkatan.

    Sebelas peratus kanak-kanak lelaki dan perempuan melaporkan dibuli di sekolah sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebulan dalam beberapa bulan lalu, berbanding 10 peratus empat tahun lalu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...