Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kapal layar mewah milik jutawan Rusia dilelong

    WASHINGTON, 24 OGOS – Sebuah kapal layar mewah milik jutawan Rusia, Dmitry Pumpyansky yang dirampas baru-baru ini bakal dilelong.

    Kapal Axioma akan dijual kepada pembida tertinggi selepas pemilik syarikat keluli itu gagal membayar balik pinjaman JPMorgan Chase, lapor United Press International (UPI) memetik laman sesawang Howe Robinson Partners.

    Kapal layar Axioma dianggarkan bernilai antara AS$75 juta hingga AS$91 juta, bagaimanapun dijangka dijual pada harga lebih murah.

    Kapal layar mewah berpanjangan 236 kaki itu telah dibina pada 2013 serta mempunyai kolam infiniti, jakuzi, teater, bar dan padang golf.

    Mahkamah Agung Gibraltar akan memutuskan cara mengagihkan dana lelongan, dengan menentukan keutamaan membayar tuntutan hutang dibawa oleh pemiutang jutawan Rusia.

    Ketika ini, terdapat 115 pembida yang menunjukkan minat, lapor UPI. Axioma dirampas di wilayah Gibraltar berhampiran pintu masuk ke Laut Mediterranean, pada Mac lalu dan kapal layar pertama yang dilelong selepas kerajaan membekukan aset-aset mewah milik oligarki Rusia. Lelongan itu tidak termasuk anggaran 150,000 euro wain.

    Pada Julai mahkamah membenarkan JP Morgan menjual kapal layar itu selepas Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah melaporkan menghalang Pumpyansky untuk membayar pinjamannya berjumlah AS$20.6 juta. – AFP/Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...