Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kapal tentera laut Rusia dimusnahkan

    KYIV, 24 MAC – Ukraine kelmarin berkata ia telah memusnahkan sebuah kapal pengangkutan tentera laut Rusia yang berlabuh di Laut Azov berhampiran bandar pelabuhan yang terkepung Mariupol, sebulan selepas pencerobohan Rusia.

    “Kapal pendaratan besar Orsk dari Armada Laut Hitam penjajah telah dimusnahkan di pelabuhan Berdyansk yang ditawan Rusia,” tulis tentera laut Ukraine di media sosial. Kepulan asap hitam berkepul-kepul dari sebuah kapal besar kelabu yang berlabuh di sebelah kren besar dalam rakaman tentang apa yang dikatakan oleh tentera laut Ukraine sebagai serangan ke atas kapal itu.

    Tiada maklum balas segera terhadap tuntutan daripada kementerian pertahanan Rusia dan AFP tidak dapat mengesahkan secara bebas serangan tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...