Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kawalan diperketat menjelang Sidang Kemuncak G20

    JAKARTA, 9 SEPT – Indonesia mempertingkatkan pengawalan pandemik COVID dan mengetatkan keselamatan terhadap pengganas di pulau Bali sebagai persediaan untuk Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) pada November nanti.

    Beberapa kes jangkitan yang baharu disahkan terus meningkat di negara itu, sebahagian besarnya disebabkan kemunculan subvarian Omicron BA.4 dan BA.5.

    Hari ini, pihak berkuasa kesihatan mengesahkan 2,804 kes baharu di seluruh negara dengan 12 kematian. Bali melaporkan 36 kes baharu.

    Kementerian kesihatan negara itu telah memperbaiki pengesanan kontak melalui aplikasi PeduliLindungi, yang digunakan untuk mendapatkan akses memasuki kawasan awam, seperti lapangan terbang, hospital dan pasar raya.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Danet Saksono Harbuwono memberitahu bahawa pihak kementerian sedang dalam proses untuk menambah 14 bahasa asing ke dalam aplikasi tersebut bagi memenuhi keperluan rombongan yang akan menghadiri acara tersebut.

    Dia menambah semua rombongan mesti menerima vaksinasi lengkap dan mendaftar di PeduliLindungi sebelum berlepas.

    “Rombongan dimestikan mempunyai insurans kesihatan atau perjalanan, termasuk untuk rawatan COVID,” kata Harbuwono.

    Dia turut berkata bahawa kementerian telah menyusun langkah pencegahan COVID dan akan memberikan akses kepada perkhidmatan kesihatan untuk rombongan yang datang.

    Di lapangan terbang di Bali, pihak berkuasa akan memeriksa pengesahan vaksinasi setiap rombongan dan menjalankan ujian. – Xinhua

    Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin ke atas penduduk di Yogyakarta. Indonesia telah meningkatkan pengawalan pandemik dan mengetatkannya sebagai persediaan untuk Sidang Kemuncak G20 pada November nanti. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...