Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kazakhstan berhasrat ambil alih tenaga

    ALMATY, 28 NOV – Kazakhstan memberi amaran hari ini bahawa ia boleh memiliknegarakan syarikat tenaga yang bergelut di negara Asia Tengah yang kaya minyak itu selepas gangguan bekalan elektrik baru-baru ini menyebabkan ribuan orang kesejukan.

    Negara bekas Soviet yang luas itu merupakan pengeksport tenaga, tetapi harga gas yang tinggi tahun ini mencetuskan bantahan bersejarah dan berdarah dengan infrastruktur lapuk mengakibatkan gangguan elektrik yang berterusan.

    Ribuan penduduk sejak Ahad tidak dapat menghidupkan alat pemanas di utara Kazakhstan dengan suhu sekitar -30 darjah Celsius (-22 Fahrenheit), selepas berlaku kemalangan di loji kuasa bandar Ekibastuz.

    “Presiden Kassym-Jomart Tokayev telah mengarahkan Perdana Menteri, Alikhan Smailov untuk mengkaji isu nasionalisasi aset tenaga bermasalah,” kata jurucakap Presiden Ruslan Zheldibay dalam Facebook.

    “Kesalahan pengurusan mereka menyebabkan kemalangan dan kerosakan bekalan elektrik,” katanya sambil menambah mereka yang bertanggungjawab dalam kemalangan di bandar itu harus ‘dibawa ke muka pengadilan’.

    Kazakhstan memperoleh kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet pada tahun 1991 tetapi ia bergantung pada sistem elektrik yang dikaitkan dengan empat negara Asia Tengah bekas USSR yang lain.

    Kazakhstan serta negara jirannya Kyrgyzstan dan Uzbekistan mengalami gangguan bekalan elektrik besar-besaran pada Januari. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...