Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    ‘Kecantikan hanya dinilai pada luaran’

    SHANGHAI – Barisan panjang membengkang-bengkok melalui jalan di kawasan mewah Shanghai pada tengah hari, tetapi ia bukan masa makan tengah hari di restoran paling popular di bandar berkenaan – orang ramai berbaris untuk menjalani ‘prosedur mikro’ kosmetik, yang semakin meningkat popular di China.

    “Pembedahan untuk menegangkan kulit waktu makan tengah hari’ dan prosedur ‘estetik perubatan’ lain semakin berkembang tatkala generasi baharu pengguna China bergelut dengan tekanan untuk kelihatan cantik di media sosial serta secara individu.

    Kayla Zhang tidak pernah menjalani pembedahan atas sebab-sebab kosmetik, tetapi dia pernah menjalani rawatan laser, suntikan dan penegangan wajah melalui kaedah benang – benang yang dimasukkan di bawah kulit dan ditarik ke atas untuk ‘menegangkan wajah’.

    “Saya tidak akan mengubah hidung atau mata saya, yang akan memberikan perubahan besar kepada wajah saya,” berita wanita berusia 27 tahun itu kepada AFP, menambah dia berusaha mencari ‘versi lebih baik’ tentang dirinya daripada ‘mengubah wajah baharu.’

    Telah pun popular di Barat disebabkan prosedur tersebut bersifat kurang invasif dan lebih mampu berbanding pembedahan kosmetik tradisional, prosedur mikro – daripada rawatan muka laser dan pengisi kepada penegangan wajah menggunakan benang – telah menjadi satu norma di bandar-bandar China di mana pendapatan boleh guna telah meningkat sejak satu dekad lalu.

    Doktor kosmetik Yang Kaiyuan menjalankan pembedahan di klinik PhiSkin di Shanghai. – AFP

    Persatuan Pembedahan Plastik dan Estetik China menganggarkan industri kosmetik pada keseluruhannya akan berkembang kepada AS$46 bilion pada tahun ini berbanding kepada kira-kira AS$6.5 bilion pada 2013.

    Prosedur mikro kini merupakan segmen yang berkembang dalam pasaran kosmetik, sementara kadar pertumbuhan pembedahan tradisional adalah perlahan, menurut data daripada firma pakar runding Frost and Sullivan.

    Namun tindakan keras daripada kerajaan bakal menjejas keadaan melambung berkenaan.

    Parti pemerintah Komunis sedang melancarkan kempen meluas untuk ‘menapis’ nilai-nilai sosial, yang termasuk menyasarkan tekanan belia untuk menjalani pembedahan.

    Kerajaan telah mengharamkan industri yang mengiklankan amalan yang menyumbang kepada ‘kebimbangan penampilan’ seperti gambar sebelum dan selepas, dan telah mengenakan denda berpuluh juta dolar pada tahun ini ke atas pelbagai pelanggaran peraturan.

    Model Li Li telah menerima rawatan laser setiap bulan untuk membetulkan kecacatan kulit tetapi mengaku dia mengalami tekanan sosial untuk meneruskan rawatan demi kelihatan lebih cantik.

    Selepas kawan berkata wajahnya nampak tidak seimbang, dia memilih menjalani ‘prosedur pengisian dagu,’ yang menjadikan dagu kelihatan lebih menonjol.

    “Saya terus mendapatkan prosedur tersebut tanpa berfikir dua kali,” akui wanita berusia 27 tahun itu.

    Namun Li dan Zhang menegaskan prosedur mikro – yang boleh menelan kos satu pertiga daripada harga pembedahan kosmetik, menurut penyelidikan oleh Deloitte – merupakan alternatif kurang invasif berbanding pembedahan tradisional dan sering menerima pandangan serong.

    “Semua orang mempunyai standard kecantikan yang sama sebelum ini, tetapi sekarang norma ini kelihatan seolah-olah berat sebelah,” tambah Zhang, yang menyamakan prosdur mikro kepada penjagaan kulit, namun lebih cepat.

    Satu dekad lalu, doktor kos-metik Yang Kaiyuan berkata pelanggan sering datang kepadanya dengan gambar seorang selebriti, memberitahunya: “Saya mahu nampak seperti ini.”

    “Sekarang, orang hanya mengharapkan peningkatan kepada apa yang telah pun dimiliki mereka,” jelas Yang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...