Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    Kehalalan gegelang sotong beku dijamin

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Syariah telah menjalankan penyiasatan mengenai susulan dakwaan produk gegelang sotong beku yang tular di media sosial, di mana dakwaan produk berkenaan dihasilkan daripada bahagian khinzir adalah tidak benar.

    Bahagian Kawalan Makanan Halal di Jabatan Hal Ehwal Syariah telah membuat pemeriksaan ke beberapa buah pasar raya di negara ini dan mengambil beberapa sampel gegelang sotong dari pelbagai jenis untuk dianalisis.

    Sampel-sampel tersebut dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan dan mengesahkan bahawa tiada DNA khinzir dikesan di dalam sampel-sampel terbabit. Dengan pengesahan tersebut itu, maklumat tular mengenainya adalah tidak benar, menurut KHEU.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kucing peliharaan bunuh 300 juta haiwan di Australia

    CANBERRA, 9 JUN - Kucing peliharaan membunuh ratusan juta haiwan asli Australia setiap tahun, lapor Xinhua memetik penyelidikan Australia. Menurut laporan baharu Majlis Biodiversiti, Majlis Spesies...
    - Advertisment -