Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kehebatan Grizzlies sukar digugat

    LOS ANGELES, 12 JAN – Ja Morant telah memperoleh 29 mata ketika Memphis Grizzlies memenangi perlawanan mereka ke-10 berturut-turut dengan 116-108 menentang Golden State Warriors, kelmarin.

    Morant menguasai perlawanan pada saat-saat akhir, menjaringkan lima mata sebelum tamat perlawanan ketika pasukan tempat ketiga, Grizzlies telah merapatkan kedudukan ke tempat kedua Warriors dalam Western Conference.

    “Saya merasakan permainan saya agak agresif sejak dari awal perlawanan,” kata Morant. “Saya membuat mereka mengubah permainan. Jika awda menyerang saya, saya merasakan banyak pemain yang boleh menjaringkan.

    “Lebih kurang seperti kucing dan tikus, kami perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyerang pertahanan mereka.”

    Grizzlies sekarang berada dalam dua setengah perlawanan dari Warriors selepas bermain dalam lapan perlawanan pada 29 November.

    Aksi Ja Morant menjaringkan bola ke atas tiga pemain Golden State Warrios semasa separuh masa kedua perlawanan NBA, di Memphis, Tenn, 11 Januari. – AP

    Ziare Williams dan Tyus Jones masing-masing memperoleh 17 mata untuk Memphis di depan 17,800 penonton di arena FedExForum.

    Jones menamatkan rali suku keempat yang membuat Grizzlies mendahului. Dia berjaya menjaringkan semua lima percubaan three-point.

    Stephen Curry mendahului untuk Warriors dengan 27 mata, sementara Klay Thompson menamatkan dengan memperoleh 14 mata.

    Andrew Wiggins dan Gary Payton II masing-masing memperoleh 13 mata.

    Morant, pemain baharu tahunan 2020, minggu lalu disisihkan kerana kecederaan dan diketepikan selama 12 perlawanan.

    Dia secara konsisten dapat meningkatkan permainannya menentang pasukan terbaik dalam liga, memperoleh 30 mata atau lebih semasa menentang Phoenix Suns, Brooklyn Nets, serta Los Angeles Lakers dalam kemenangan 10 kali berturut-turut perlawanan.

    Warriors bermain tanpa kelibat Draymond Green kerana mengalami kecederaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...