Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kehidupan dalam gelembung Olimpik Beijing

    BEIJING – Sukan Olimpik biasanya merupakan peluang sekali dalam satu generasi untuk negara tuan rumah mempamerkan budayanya.

    Tahun ini, bagaimanapun, atlet, jurulatih dan lain-lain menyertai Sukan Musim Sejuk di Beijing sepenuhnya diasingkan dalam gelembung yang begitu lengkap sehinggakan ia mengandungi kereta api antara bandar sendiri. Ini semua adalah sebahagian daripada usaha terperinci oleh China untuk mengawal penularan COVID-19.

    Negara tersebut kini masih dalam suasana Tahun Baharu Cina. Itu yang jelas. Hiasan tanglung tradisional menghiasi jalan di luar seperti yang dilihat dari bas ulang-alik Olimpik dan ke dalam kawasan Olimpik.

    Awda tidak mungkin mengambil bahagian dalam sebarang perayaan sebenar tetapi beg cenderahati sukan juga mengandungi hiasan tanglung kecil. Adakah cenderahati itu juga memberikan awda pengalaman meraikannya?

    Lupakan mengenai lawatan ke Istana Musim Panas atau Great Wall, tetapi terdapat gambar tempat-tempat tersebut terpampang di pusat media. Mungkin dengan berswafoto di depannya menjadikan awda seolah-olah berada di sana? Adakah ia dimaksudkan begitu?

    Ia menunjukkan bahagian China yang sebenar, menembusi gelembung Olimpik (dipamer secara tersirat). Kecuali untuk tempat di mana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menyediakan Wi-Fi, pelawat ke sukan itu disekat dari penembusan Internet yang luas oleh ‘Great Firewall’ China (sekatan) negara itu. Sedikit rasa tentang bagaimana rasanya tinggal di China dan pendedahan cara kerajaan berusaha untuk mengawal rakyatnya.

    Pekerja Olimpik meraikan Tahun Baharu Cina bersama maskot Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Paralimpik, Bing Dwen Dwen dan Shuey Rhon Rhon pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. – AP
    Seseorang melihat melalui pagar di kawasan gelung tertutup untuk kakitangan Olimpik di Olimpik Green berhampiran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. – AP

    Atlet dari negara luar yang berada di dalam bas memberi reaksi kepada penduduk di jalan semasa perjalanan menuju ke Stadium Nasional. – AP

    Di dalam gelembung berkenaan, tidak mengejutkan, terdapat banyak kerinduan untuk apa yang ada di luar. Di salah satu destinasi kulinari yang hebat di dunia, hanya makanan Cina yang ditiru telah tersedia. Tabitha Peterson, atlet curler pasukan AS, teringat bahawa dia dan kakaknya, juga peserta Olimpik, Tara, melawat Beijing pada tahun 2007. Ketika itu, mereka dapat menyelami budaya, jelasnya, untuk makan di restoran, untuk mencuba makanan baharu.

    Tidak di Sukan Olimpik ini, di mana peserta tidak begitu banyak memasuki China dan kekal di satu tempat.

    Namun, Yao Qian, yang mengendalikan pameran kebudayaan di pusat akhbar itu, berkata warga asing dapat belajar sesuatu tentang China apabila pada bengkel dianjurkan baru-baru ini di gelembung itu, mereka belajar cara menulis aksara Cina sebagai sebahagian daripada perayaan Tahun Baharu.

    “Ini adalah tempat untuk menyebarkan budaya Cina,” katanya. “Saya mahu orang asing belajar lebih banyak lagi mengenai budaya Cina,” katanya.

    Dengan sedikit masa untuk melawat atau bergambar, ramai di dalam gelembung berminat untuk mengambil bahagian dalam satu lagi kegiatan sebagai pelancong: membeli cende-ramata. Kekecewaan menyelubungi penghuninya pada hari-hari sebelum majlis perasmian kerana nampaknya tidak banyak yang perlu dibeli. Di manakah mainan lembut Bing Dwen Dwen, maskot panda yang gempal? Di manakah baju-T dan topi dengan cincin itu?

    Akhirnya kedai itu mula penuh, dan kini barisan panjang pembeli yang bersemangat, mula memenuhi barisan panjang kedai-kedai di sana.

    “Saya tidak tahu jika apa yang awda temui dalam gelembung ini benar-benar tulen,” kata Jacson Haselnus, yang berkhidmat di Perkhidmatan Penyiaran Olimpik, sambil menungu dalam barisan.

    Dan sebenarnya dia masih belum pasti. Ia adalah kali pertama dia ke China dan dia mengakui dia tidak dapat membandingkannya. Namun sekurang-kurangnya dia sempat mendapatkan beberapa pin Olimpik, salah satu daripada pembelian berharga di mana-mana Olimpik. Kebanyakan yang lain menanti bersamanya dalam barisan adalah sukarelawan Olimpik dari China.

    Ia membuatkan awda tertanya-tanya: Siapa yang melawat siapa? Walaupun atlet, pegawai dan wartawan yang datang dari luar ne-gara berharap untuk melawat Beijing, apa yang kelihatan ialah sukarelawan mereka sendiri yang banyak berada di sana. Malah mereka juga mahukan cenderahati Olimpik.

    Pelancongan sentiasa menjadi pengalaman pengantara. Marita Sturken, seorang profesor media, budaya dan komunikasi di Universiti New York, menyatakan terdapat beberapa siri amalan mentakrifkan pelancongan, yang semuanya tersedia untuk mereka yang berada di dalam gelembung: Kami melawat tapak ikonik (stadium Bird Nest berada di dalam), membeli cenderahati dan bergambar.

    Ia membuatkan orang dalam gelembung berfikir: Jika awda dapat mengembara di luar kawasan tersebut, apakah yang akan awda dapatkan? Apakah yang boleh awda pelajari tentang China sebagai sebuah negara yang luas dan pelbagai dengan sejarah yang panjang dan rumit dengan hanya dalam beberapa minggu yang singkat?

    Mungkin gelembung itu menyerlahkan apa yang selalunya benar – bahawa sebuah tempat asing sering sukar diakses, sama ada kerana adanya halangan daripada segi budaya, bahasa atau fizikal. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...