Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Kerja keras jaga badan, meski ramai anak

    Pelakon Nia Ramadhani tetap memastikan bentuk tubuhnya sentiasa langsing meskipun sudah memiliki tiga orang cahaya mata.

    Nia, 33, berkata, bentuk tubuh langsing bukan sahaja penting untuk memikat hati suami tetapi sebagai kepuasan diri sendiri, kongsi mStar.

    Justeru itu katanya, status sudah berkahwin tidak seharusnya dijadikan alasan seorang wanita untuk terus melupakan penjagaan diri selepas bergelar isteri dan ibu.

    “Ramai dalam kalangan wanita yang tidak lagi menjaga bentuk badan apabila mereka sudah berkahwin. Saya tak setuju dengan pendapat sebegitu.

    “Semakin ramai anak kita perlu bekerja keras untuk jaga bentuk badan.

    “Saya selalu fikirkan perasaan suami jika tengok saya gemuk. Saya mahu suami gembira,” jelasnya.

    Berkongsi tentang amalan kesihatan, Nia telah menetapkan aktiviti berbeza setiap hari agar tidak berasa bosan dan mendapat kesan lebih cepat.

    Antara yang dilakukan adalah bermain golf, tenis, berlari serta senaman di gimnasium selain mementingkan pemakanan. – Agensi

    Nia ada amalan tersendiri untuk kekal langsing. – Liputan6
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...