Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kes kumulatif kini 143,866

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Sebanyak 250 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 246 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan empat kes hasil daripada 338 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 143,866 kes, menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut Yang Berhormat Dato lagi, tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5, yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU).

    “Manakala dua kes sedang berada di kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi,” tambahnya.

    Yang Berhormat Dato seterusnya berkata bahawa sebanyak 112 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 142,173 kes.

    Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,474 kes iaitu 23 kes sedang dirawat di hospital manakala 1,451 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyeru orang ramai untuk terus berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya akan sentiasa terpelihara daripada segala musibah dan bencana wabak penyakit.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham semasa mengongsikan statistik terkini jangkitan COVID di Negara Brunei Darussalam.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...