Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kesan perubahan iklim kian memburuk

    GENEVA – Dengan usaha menangani bencana cuaca yang menelan kos perbelanjaan AS$200 juta sehari dan malapetaka iklim yang tidak dapat dipulihkan semakin hampir, dunia “menuju ke arah yang salah,” kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan baharu yang mengumpulkan data sains terkini tentang perubahan iklim.

    Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WHO) dalam amaran terbaharu mengenai pemanasan global, berkata bencana berkaitan cuaca telah meningkat lima kali ganda dalam tempoh 50 tahun yang lalu dan secara purata membunuh 115 orang sehari dan dijangka bertambah buruk.

    Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memetik perihal banjir di Pakistan, gelombang panas di Eropah, kemarau di beberapa buah negara seperti China, Tanduk Afrika, dan Amerika Syarikat (AS). Guterres turut menuding jari kepada bahan api fosil menjadi punca kepada perubahan iklim.

    “Tiada apa-apa yang menghairankan mengenai skala baharu bencana ini. Ia adalah akibat yang perlu ditanggung daripada penggunaan manusia terha-dap bahan api fosil,” katanya. “Laporan United in Science tahun ini menunjukkan kesan iklim menuju kemusnahan yang belum pernah dilihat.”

    “Namun setiap tahun, manusia tetap menggandakan penggunaan bahan api fosil ini, walaupun akibatnya semakin teruk,” tambahnya.

    Laporan yang diambil daripada data yang dikumpulkan oleh beberapa buah agensi dan rakan kongsi PBB, memetik 48 peratus kemungkinan kenaikan suhu global berbanding zaman pra-industri akan mencapai 1.5 darjah dalam tempoh lima tahun akan datang. Terdapat 93 peratus peluang bahawa satu tahun dalam lima tahun akan datang akan menyaksikan rekod panas.

    Terdapat beberapa kerajaan di seluruh dunia cuba menangani ancaman cuaca yang lebih teruk akibat perubahan iklim, dan data menunjukkan bahawa kematian akibat bencana alam menurun dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Namun kos ekonomi bencana akibat iklim dijangka meningkat dengan mendadak.

    Laporan PBB mengatakan ‘kerugian dan kerosakan’ sedemikian boleh dihadkan melalui tindakan tepat pada masanya untuk mencegah pemanasan selanjutnya dan menyesuaikan diri dengan peningkatan suhu yang kini tidak dapat dielakkan.

    Persoalan mengenai pampasan untuk kerosakan yang dialami oleh negara miskin akibat pelepasan yang dihasilkan oleh negara membangun akan memainkan peranan utama pada rundingan iklim PBB yang akan datang di Mesir pada musim gugur ini. – AP

    Mangsa banjir besar akibat hujan monsun membawa bantuan melalui air banjir di daerah Qambar Shahdadkot di Wilayah Sindh, Pakistan. – AP
    Pelabuhan bot terapung terletak di atas tanah kering disebabkan paras air menurun berhampiran Callville Bay Resort & Marina di Kawasan Rekreasi Negara Lake Mead. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...