Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ketiadaan Kazar ke previu Abang Long Fadil 3 jadi tanda tanya

    Ketiadaan kelibat pelakon veteran, Kazar Saisi pada malam tayangan perdana Abang Long Fadil 3 menjadi tanda tanya memandangkan dia adalah salah seorang pelakon dalam filem berkenaan.

    Pengarah filem itu, Syafiq Yusof menyifatkan ketiadaan Kazar adalah kerana pelakon itu enggan mencetuskan sebarang kontroversi meskipun jemputan sudah dibuat lebih awal.

    “Pihak kami sudah menghantar jemputan. Pada saya beliau sangat bertimbang rasa kerana tidak mahu mencetuskan sebarang kontroversi sekiranya hadir ke acara ini.

    “Terpulang kepadanya dan saya menghormati keputusan yang dibuat untuk tidak terlibat dalam tayangan perdana ini,” katanya. Syafiq ditemui selepas tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan pada malam Jumaat lalu.

    Ketiadaan Kazar dipercayai kerana enggan mengeruhkan keadaan rentetan isu anak perempuannya, Ira Kazar yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pengarah Syamsul Yusof.

    Syafiq Yusof menyifatkan ketiadaan Kazar adalah kerana pelakon itu enggan mencetuskan sebarang kontroversi meskipun jemputan sudah dibuat lebih awal. – Agensi

    Dalam pada itu, Syafiq berkata, pemilihan Kazar sebagai salah seorang pelakon filem berkenaan adalah kerana kredibiliti aktor tersebut yang mampu memberikan elemen komedi dalam filem terbaharunya itu.

    Tidak mengetahui secara mendalam kontroversi yang melanda, Syafiq berkata, sebagai pengarah dia bersikap profesional dan tidak mencampuradukkan masalah peribadi yang sedang berlaku sekarang.

    “Penggambaran filem ini dijalankan pada 2019 dan ketika itu belum timbul sebarang kontroversi seperti sedang diperkatakan ketika ini.

    “Kazar seorang pelakon yang profesional. Bukan sahaja mempunyai elemen komedi tetapi boleh melakukan babak aksi. Saya pilih dirinya kerana ciri-ciri itu selain Kazar masih aktif dalam industri,” katanya. Sementara itu, bercakap tentang Abang Long Fadil 3, Syaifq berharap ia mampu untuk terus menarik penonton memandangkan sekarang ketika ini ramai memberi sokongan dengan menonton filem tempatan di pawagam.

    Mengetengahkan genre komedi aksi, Abang Long Fadil 3 sekali lagi menampilkan Zizan Razak selain Johan, Datuk AC Mizal, Maya Karin, Elizabeth Tan, Joey dan Kazar. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...