Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ketua kultus ‘Happy Science’ Jepun, Okawa meninggal dunia

    TOKYO, 2 MAC – Ketua kultus Happy Science Jepun, Ryuho Okawa yang mendakwa boleh berkomunikasi dengan roh semua orang, meninggal dunia hari ini pada usia 66 tahun, lapor media tempatan.

    Dia dikejarkan ke hospital selepas rebah di rumahnya di Tokyo awal minggu ini, dan kematiannya disahkan hari ini, menurut media utama, termasuk penyiar nasional NHK dan agensi akhbar Jiji.

    Punca kematian tidak diketahui dengan segera, kata Fuji TV.

    Pegawai daripada kumpulan itu tidak dapat dihubungi untuk mendapat-kan komen segera mengenai kematian yang dilaporkan.

    Okawa merupakan ketua tunggal dan pengasas kumpulan Happy Science, yang dimulakan pada 1986 dan mendakwa mempunyai ahli di lebih 168 negara.

    Kumpulan itu percaya pada penjelmaan semula rohani dan pembinaan utopia global, tetapi menghadapi tentangan orang ramai untuk kultus personaliti di sekitar Okawa, termasuk dari anaknya sendiri Hiroshi.

    Pada tahun 2020, dia memberitahu New York Times bapanya “tidak henti-henti berbohong kepada pengikutnya.” – AFP

    Gambar menunjukkan imej Ketua kultus Happy Science Jepun, Ryuho Okawa dilihat pada iklan bukunya di hadapan ibu pejabat pergerakan rohani di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...