Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ketua NATO alu-alukan Finland, Sweden

    BRUSSELS, 9 MAC – Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg menerajui kempen baharu minggu ini untuk mengalu-alukan Finland dan Sweden sebagai ahli organisasi ketenteraan terbesar dunia menjelang Presiden AS, Joe Biden dan anggota NATO bertemu pada sidang kemuncak, Julai nanti.

    Khuatir yang mereka mungkin menjadi sasaran selepas pencerobohan besar-besaran Rusia ke atas Ukraine tahun lepas, negara jiran Nordic itu meninggalkan kedudukan tradisi mereka yang tidak bersekutu ketenteraan untuk mendapatkan perlindungan di bawah payung keselamatan NATO.

    Kesemua 30 sekutu menandatangani protokol penyertaan Finland dan Sweden tetapi Turkiye dan Hungary telah mendapatkan jaminan bahawa NATO mesti bersetuju sebulat suara untuk penyertaannya mereka.

    Perwakilan dari negara jiran Nordic dan Turkiye bertemu hari ini di ibu pejabat NATO di Brussels. Stoltenberg tidak terlibat secara langsung dalam rundingan itu, tetapi dia menggalakkannya selepas meyakinkan Presiden Recep Tayyip Erdogan bulan lalu untuk kembali ke dalam perundingan.

    “Ini merupakan satu proses yang saya tidak menjangkakan akan dimuktamadkan” dengan satu pusingan rundingan, Stoltenberg memberitahu pemberita di Stockholm pada malam mesyuarat itu, “tetapi saya yakin Finland dan Sweden akan menjadi sekutu NATO. Ini adalah keutamaan.” – AP

    Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonsson (kanan), Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg (tengah), dan ketua dasar luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell menghadiri mesyuarat di Marsta di luar Stockholm, Sweden. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...