Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    KKBS adakan khatam al-quran, sambut israk mikraj

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan
    Sambutan Israk Mikraj secara dalam talian.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya
    Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad dan diteruskan bacaan Takhtim Al-Quran dan Doa Khatam.

    Majlis juga diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Sembahyang Ku Kerana Allah’ yang disampaikan oleh Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Dakwah (Ceramah), Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Reduan bin Pengiran Haji Badaruddin.

    Dalam tazkirah beliau sedikit sebanyak menyentuh mengenai dengan Perintah Allah SWT yang mewajibkan para hambaNya mendirikan sembahyang dalam apa jua keadaan, walau di mana jua berada dan pada waktu-waktu yang telah ditentukan menandakan terdapatnya berbagai signifikan yang mencakupi seluruh ruang kehidupan manusia di dunia sehingga bersambung dengan kehidupan seterusnya yang abadi di alam akhirat yang menjadi pembuktian kecemerlangan dan kejayaan.

    Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Memohon Perlindungan daripada Wabak COVID-19 dan diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Turut hadir setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap serta pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya, Pasukan Belia Cinta Tanah Air, Majlis Wanita Negara Brunei Darusssalam, Pusat Kegiatan Warga Emas, ASTERAWANI, pihak NGO serta pihak-pihak yang berkepentingan yang lain.

    Majlis ini diadakan untuk menyemarakkan lagi Sambutan Israk dan Mikraj dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran yang dihasratkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan persefahaman serta kerjasama di antara pegawai dan kakitangan KKBS ke arah menggalakkan penglibatan dalam aktiviti keagamaan.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan warga KKBS yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang diadakan secara maya. – Gambar serahan KKBS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...