Sunday, April 28, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    KKM pantau penyakit bawaan air pascabanjir

    MELAKA, 5 MAC – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau sebarang penyakit bawaan air terutama kencing tikus (leptospirosis) dan keracunan makanan.

    Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata dua penyakit tersebut sering berlaku terutama selepas banjir melanda sesuatu kawasan.

    “Kita juga akan menggerakkan pasukan lain (pasukan kesihatan) untuk aktiviti pembersihan terutama di fasiliti-fasiliti kesihatan yang terjejas dengan bencana tersebut,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Nursing Professional Group (NPG) International Nursing Conference 2023 bertemakan Invest in Nursing: Then, Now and What’s to Come di sini hari ini.

    Keadaan banjir di beberapa negeri semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS meningkat kepada 55,000 orang setakat 8 malam ini. 

    Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 50,596 orang diikuti Pahang (3,014), Negeri Sembilan (587), Melaka (595) dan Selangor (71). – Bernama

    Beberapa penduduk setempat meredah banjir dari kediaman ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika tinjauan di Seri Medan, Batu Pahat, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...