Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Klopp terlepas perlawanan, disyaki positif COVID-19

    LONDON, 2 JAN – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp akan terlepas perlawanan penting pasukannya dalam Liga Perdana menentang Chelsea hari ini selepas disyaki positif koronavirus.

    Penolong Klopp, Pep Lijnders akan mengendalikan perlawanan di Stamford Bridge ketika Liverpool di tempat ketiga cuba untuk bersaing dengan pendahulu, Manchester City.

    Selain keputusan ujian Klopp, tiga lagi kakitangannya telah diuji positif, tetapi Liverpool tidak dijangka meminta perlawanan itu ditangguhkan pada peringkat ini.

    “Jurgen Klopp akan terlepas perlawanan Liga Perdana Liverpool dengan Chelsea pada hari ini selepas mengembalikan ujian yang disyaki positif COVID-19,” kata Liverpool dalam satu kenyataan kelmarin.

    “Pengurus The Reds, yang melaporkan simptom ringan sebelum perlawanan, kini mengasingkan diri.

    Jurgen Klopp akan terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris di Chelsea pada hari ini selepas apa yang dikatakan oleh kelab itu dengan ujian yang disyaki positif koronavirus. – AP

    “Oleh itu, penolong pengurus, Pep Lijnders akan mengetuai pasukan untuk sepak mula 4:30 petang waktu tempatan di Stamford Bridge.”

    Tiada lagi pemain Liverpool yang diuji positif melebihi tiga pemain yang tidak dinamakan, yang sebelum ini disahkan oleh Klopp pada Jumaat lalu.

    Walaupun mengasingkan dirinya daripada perlawanan yang mungkin dalam bahaya, Klopp, pada minggu ini telah menggambarkan setiap hari baharu adalah ‘loteri’ sambil menunggu untuk mengetahui sama ada mana-mana pasukannya telah diuji positif.

    “Ujian ke atas keseluruhan pasukan utama telah dapat diketahui tiada lagi kes positif dalam pasukan selain tiga yang disahkan oleh Klopp pada Jumaat,” tambah kenyataan itu.

    “Tiga kakitangan telah kembali dengan keputusan positif.” Jika ujian positif Klopp disahkan, pemain Jerman itu juga akan terlepas aksi separuh akhir pertama Piala Liga di Arsenal pada Khamis ini.

    Liga Perdana telah diserang wabak COVID-19 sejak Disember, dengan perlawanan Liverpool menentanng Leeds pada Boxing Day ditangguhkan kerana isu virus yang dialami oleh pasukan lawan mereka.

    Keseluruhannya, 17 perlawanan liga utama Inggeris ditangguhkan kerana COVID-19 setakat ini, manakala pengurus Arsenal, Mikel Arteta terlepas perlawanan kelmarin menentang Manchester City selepas ujian positif. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...