Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kontinjen karate berlepas ke Hanoi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang dianggotai lapan orang terdiri daripada urus setia dan tujuh orang yang terdiri daripada jurulatih dan atlet sukan karate telah berlepas ke Hanoi, Vietnam bagi menyertai kejohanan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-31 pada hari ini.

    Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan seterusnya memberikan kata-kata nasihat kepada kontinjen negara ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Hadir sama ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan (KKBS).

    Kontinjen Negara Brunei Darussalam pada Sukan Sea kali ini menyertai sebanyak empat acara sukan iaitu e-sukan, karatedo, pencak silat dan wushu.

    Ketika ditemui pihak media pada pagi tadi, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan antara lain berharap agar para atlet negara yang menyertai Sukan SEA pada kali ini akan terus berjuang untuk negara di mana mereka telah pun bersedia bukan sahaja semasa COVID tetapi jauh sebelum itu dan perjuangan mereka nyata tidak terhenti begitu sahaja disebabkan wabak tersebut.

    Pada masa yang sama, Yang Berhormat Dato turut mendoakan agar para atlet negara akan terus bersemangat, menaikkan nama negara dan memperjuangkan bendera negara yang menjadi kebanggaan.

    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi memberikan kata-kata semangat kepada para atlet negara.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...