Sunday, April 28, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Korea S guna Novavax minggu depan

    SEOUL, KOREA SELATAN, 10 FEB – Korea Selatan akan mula menawarkan vaksin Novavax Inc di hospital-hospital, rumah orang tua dan pusat-pusat kesihatan awam bermula minggu depan, kata para pegawai, satu lagi ubat untuk memerangi varian Omicron yang semakin pantas menular.

    Negara itu melaporkan kes koronavirus baharu cecah rekod sekitar 54,122 hari ini, menurut Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea, 12 kali ganda naiknya daripada tahap harian yang disaksikan pada pertengahan Januari, apabila Omicron pertama kali menjadi strain dominan di negara itu.

    Namun para pegawai menyatakan harapan waspada bahawa kadar vaksinasi tinggi negara itu akan menghalang ledakan dalam penyakit serius dan kematian.

    Setakat hari ini, 86 peratus warga Korea Selatan telah divaksinasi penuh manakala 56 peratus lagi telah menerima suntikan penggalak di bawah program imunisasi besar-besaran yang bergantung pada vaksin mRNA, Pfizer dan Moderna.

    Vaksin protein Novavax, yang serupa dengan suntikan digunakan selama bertahun-tahun menentang penyakit seperti selesema biasa dan hepatitis B, boleh menarik individu yang enggan menggunakan vaksin lain direka dengan teknologi baharu, kata pegawai KDCA, Lim Sook young.

    Seorang pekerja memindahkan kotak berisi vaksin Novavax Inc di SK Bioscience di Andong, Korea Selatan pada 9 Februari. – AP

    Suntikan itu dihasilkan oleh rakan syarikat Maryland, Korea Selatan iaitu SK Bioscience, yang mempunyai kontrak untuk menghasilkan 40 juta dos, semuanya akan digunakan oleh penduduk tempatan.

    Lim berkata SK menghantar 551,000 dos hari ini dan akan menghantar 294,000 lagi esok.

    “Kami merancang untuk menggunakan vaksin Novavax ke atas individu berusia 18 tahun ke atas yang belum divaksinasi, terutamanya golongan berisiko tinggi termasuk pesakit yang dirawat di hospital, warga emas dan orang kelainan upaya yang berisiko mempunyai penyakit teruk,” kata Lim semasa satu taklimat.

    Korea Selatan mula mengurangkan sekatan kuarantin dan membentuk semula respons COVID-19nya dengan rawatan di rumah dan menggunakan ujian ART ketika ia bergelut untuk menangani gelombang jangkitan dipacu oleh varian Omicron.

    Setakat hari ini, KDCA berkata 282 pesakit dalam keadaan yang serius atau kritikal namun Kementerian Kesihatan berkata kurang 20 peratus unit rawatan rapi negara itu direka untuk rawatan COVID-19 telah diisikan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...