Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kurma miliki khasiat dan kelebihan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam amat bertuah apabila saban tahun menerima agihan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk berbuka puasa dalam bulan Ramadan.

    Salah seorang penerima agihan kurma, Haji Sohaili bin Haji Mohidi menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas kurma kurnia berkenaan.

    Menurut beliau, kurma kurnia berkenaan amat dihargai kerana ia bukan hanya sinonim dengan ketibaan Ramadan, malah ia adalah makanan sunnah Baginda Rasulullah yang mempunyai begitu banyak khasiat dan kelebihan.

    Menurutnya, buah kurma berkenaan bukan hanya dapat dimakan begitu sahaja, malah boleh juga diolahkan menjadi jus kurma dengan mencampurkannya bersama susu sama ada sebagai minuman sejuk atau panas.

    Ia juga boleh dijadikan bahan dalam adunan cucur-cucuran atau dicampurkan bersama masakan ayam atau daging.

    Bagi Haji Sohaili, beliau lebih suka merendam tiga biji buah kurma yang dikoyak-koyakkan lalu dimasukkan dalam cawan berisi air putih dan dibiarkan semalaman dalam cawan bertutup, lalu diminum semasa bersahur.

    “Insya Allah ia mampu menjadi penjana tenaga keesokan harinya sewaktu saya membuat pekerjaan,” ujarnya.

    Sehubungan itu, beliau menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maya Mulia atas kurnia Baginda iaitu kurma Ajwa pada tahun ini, semoga Allah jua yang membalaskan segala pemadulian dan sedekah jariah Baginda dan kerabat Baginda dengan balasan kebaikan duniawi dan ukhrawi, lanjutkan usia Baginda kekal karar memerintah negara dengan kesihatan dan keafiatan serta menjadi Ulil Amri yang adil lagi bijaksana serta Allah balas dengan gunung-gunung pahala diakhirat kelak penuh rahmat dan berkat Allah.

    Haji Sohaili memanjatkan rasa syukur dan menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas kurma kurnia berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...