Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kylie Jenner tetap rahsia wajah dan nama anak kedua

    Selebriti dan usahawan, Kylie Jenner masih lagi merahsiakan nama sebenar anak damit lelakinya yang kini sudah berusia sembilan bulan.

    Menurut laporan US Magazine, Kylie menjelaskan nama anak damit lelakinya masih lagi Wolf, namun akan berkongsi dengan peminat sekiranya dia mahu menukar nama tersebut.

    Kata Kylie, dia mungkin akan mendedahkan nama sebenar anak damit lelakinya menerusi episod akhir program realiti The Kardashians.

    “Nama anak damit lelaki saya masih lagi Wolf. Saya akan memaklumkan kepada awda sekiranya saya menukar nama tersebut.

    “Mungkin saya akan memberitahu awda menerusi program musim ketiga nanti,” katanya.

    Dalam pada itu, peminat meluahkan rasa kesal di laman Twitter kerana selebriti tersebut masih lagi berteka-teki dan tidak berkongsi nama sebenar anak keduanya.

    Kylie bersama teman lelakinya, Travis Scott menimang anak damit lelaki berkenaan pada Februari lalu dan sehingga kini masih menyembunyikan anak mereka daripada umum.

    Pasangan selebriti itu memberi nama anak damit lelaki mereka sebagai Wolf, tetapi pada Mac lalu Kylie telah memutuskan untuk menukar nama tersebut.

    Untuk rekod, Kylie dan Travis mempunyai seorang lagi anak, iaitu Stormi yang kini berusia empat tahun. – Agensi

    Kylie Jenner masih merahsiakan nama sebenar anak lelakinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...