Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Lawatan Agong kukuhkan hubungan dua hala

    SINGAPURA, 28 OKT – Lawatan negara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Singapura mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan republik itu yang telah terjalin sejak 57 tahun lepas.

    Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata ini kerana Al-Sultan Abdullah selaku Ketua Negara menunjukkan kepakaran dalam hubungan diplomasi yang baik antara Seri Paduka dan barisan pemimpin Singapura.

    Beliau berkata Seri Paduka berupaya membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan antara kedua-dua negara, malah pada masa sama turut memberi kaedah penyelesaian melalui mekanisme sedia ada.

    “Keupayaan Yang di-Pertuan Agong dalam urusan diplomasi cukup menyerlah, kerana Seri Paduka mendapat pendedahan khususnya dalam bidang hubungan antarabangsa semasa belajar di United Kingdom selepas Royal Military Academy Sandhurst.

    “Pengalaman Seri Paduka ini memberi titik perbualan antara Ketua Negara dan pemimpin-pemimpin Singapura seperti Perdana Menteri Lee Hsien Loong,” katanya kepada Bernama dan RTM bagi merumuskan lawatan negara itu di sini.

    Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat mengadakan lawatan negara ke Singapura bermula pada 25 Okt lepas hingga hari ini. Lawatan negara itu juga atas undangan Presiden Singapura Halimah Yacob. – Bernama

    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air selepas lawatan negara ke Singapura di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...