Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lebih banyak jenama kenderaan beralih ke tenaga elektrik

    DETROIT, 15 SEPT – General Motors (GM) memutuskan untuk tidak mempamerkan barisan terbaharu kenderaan utiliti sukan (SUV), Chevrolet Equinox, kepada orang ramai pada pameran kereta terbesar Detroit seperti yang biasa dilakukan pada masa lalu.

    Keputusan GM membayangkan betapa kecilnya pameran kereta pada tahun ini, dengan hanya beberapa buah model baharu akan ditunjukkan, paparan yang kurang megah, kurang liputan daripada wartawan dan kemungkinan kehadiran yang lebih rendah.

    Walaupun kereta berkuasa petrol masih menguasai jalan raya Amerika Syarikat (AS), syarikat terbesar kereta Detroit memperkenalkan lebih banyak kenderaan elektrik (EV) ketika mereka memperuntukkan berjuta dolar dalam pelaburan dalam usaha untuk merampas kawalan pasaran yang semakin meningkat daripada Tesla di tengah-tengah kebimbangan terhadap perubahan iklim dan pergantungan petroleum.

    “Semakin ramai rakyat Amerika bersedia untuk perubahan peralihan kepada tenaga bersih,” kata Naib Presiden Chevrolet, Steve Majoros, sekali gus menunjukkan peningkatan keyakinan pengguna daripada peningkatan bilangan stesen pengecas EV.

    Rumah Putih dalam satu kenyataan berkata sejak Biden memegang jawatan, sejumlah AS$8 bilion telah diperuntuk untuk pembuatan EV, bateri dan pengecas di AS.

    “Pelan ekonomi Presiden telah menjana ledakan pembuatan EV Amerika yang mencipta peluang ekonomi baharu dan berpuluh-puluh ribu pekerjaan baharu dan kesatuan sekerja di seluruh negara.”

    Walau bagaimanapun, syarikat pembuat kereta telah menyatakan kebimbangan tentang peruntukan dalam Akta Pengurangan Inflasi yang baru diluluskan yang menetapkan keperluan sumber yang ketat untuk subsidi EV persekutuan.

    Keperluan itu bertujuan untuk mendorong pembuat kereta menggunakan bateri EV yang dihasilkan di Amerika Utara serta bahan kritikal yang diperoleh dari Amerika Utara atau negara yang mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat. Pembuat kereta berharap pegawai di Washington dapat menunjukkan fleksibiliti dalam melaksanakan peraturan itu. – AP/AFP

    Ketua Jurutera Ford Mustang, Ed Krenz semasa melancarkan model Ford Mustang 2024 di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...