Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Lebih banyak kematian akibat omicron di AS

    SAN FRANCISCO, 22 FEB – Angka kematian akibat varian Omicron telah mengatasi gelombang Delta di Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua memetik The Seattle Times.

    Sebagai perbandingan, AS merekodkan kes jangkitan membabitkan varian Delta sebanyak 10,917,590 dengan 132,616 kematian untuk tempoh tiga bulan bermula 1 Ogos hingga 31 Oktober 2021.

    Dalam pada itu, AS mengesahkan lebih 30,163,600 jangkitan serta 154,750 kematian akibat COVID-19, pada Sabtu.

    Jumlah kematian akibat gelombang varian Omicron adalah 17 peratus lebih tinggi berbanding Delta dalam tempoh yang sama.

    Afrika Selatan melaporkan kes pertama membabitkan varian Omicron pada 24 November tahun lalu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...