Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lee Zii Jia kini di ranking kelima dunia

    KUALA LUMPUR, 24 MEI – Jaguh badminton perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga ke kedudukan kelima ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas meraih 90,378 mata daripada 41 kejohanan disertainya.

    Berdasarkan kedudukan ranking terbaharu dikeluarkan BWF, Zii Jia mengatasi pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting yang kini menghuni kedudukan keenam ranking BWF, dengan mengumpul 87,879 mata.

    Sementara itu, juara Olimpik dari Denmark Viktor Axelsen kekal selaku pemain nombor satu dunia diikuti jaguh dunia dari Jepun Kento Mamota di kedudukan kedua.

    Musim 2022 boleh dianggap permulaan terbaik bagi Zii Jia, yang bergerak secara profesional selepas merangkul gelaran pertamanya tahun ini dengan mengungguli Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina, awal bulan lalu. 

    Tidak terhenti di situ, bekas juara All England itu mengekalkan aksi konsisten di saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok dengan berjaya memenangi kesemua perlawanan sehingga peringkat suku akhir. 

    Sementara pada minggu lalu, Zii Jia bangkit mempamerkan watak sang juara untuk merangkul kejuaraan keduanya berturut-turut tahun ini, menewaskan pemain China, Li Shi Feng 17-21 21-11 23-21 dalam aksi final di Terbuka Thailand. – Bernama

    Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia memenangi gelaran perseorangan lelaki Terbuka Thailand minggu lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...