Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lelaki dicekup bawa daging, peralatan dadah

    Oleh Yusrin Junaidi

    TEMBURONG, 10 OGOS – Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun telah ditahan oleh pasukan peronda selepas pemeriksaan ke atas kenderaannya menemukan daging mentah yang diragui dan peralatan penyalahgunaan dadah.

    Menurut kenyataan dikeluarkan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), lelaki itu ditahan hasil pemantauan rondaan pencegahan jenayah Balai Polis Bangar 9 Ogos lalu pada waktu pagi di kawasan Pekan Bangar, Temburong.

    Peronda bertindak menahan kenderaan lelaki itu yang kelihatan dalam keadaan mencurigakan bagi tujuan pemeriksaan.

    Setelah diperiksa, mereka menemui dua buah baldi berisi lima paket daging mentah yang dipercayai tidak diisytiharkan dan satu kotak hitam berisi peralatan dipercayai untuk menghisap dadah. Suspek juga didapati tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

    Kenderaan suspek dan kesemua barangan tegahan dibawa ke Balai Polis Bangar bagi siasatan lanjut dan kes telah diambil alih siasatannya oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN) bagi tindakan selanjutnya.

    Sehubungan itu, PPDB menekankan bahawa pihaknya akan sentiasa mempertingkatkan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan jenayah terutama barang tegahan yang dibawa masuk ke negara ini secara seludup.

    Daging mentah dan peralatan dipercayai untuk menghisap dadah ditemui semasa rondaan pencegahan jenayah di Pekan Bangar. – Gambar serahan PPDB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...