Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

Lelaki hadapi 96 tuduhan serangan seksual kanak-kanak

MONTREAL, 3 MAC – Seorang lelaki di Toronto berusia 31 tahun berdepan 96 pertuduhan berkaitan serangan seksual dan penderaan kanak-kanak bawah umur menggunakan pentas media sosial, menurut polis Kanada.

Menurut detektif Vijay Shetty, Daniel Langdon, yang didakwa dengan 39 pertuduhan melakukan serangan seksual, turut disyaki membuat dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

“Mangsanya antara usia tujuh hingga 17 tahun dan jenayah yang dilakukannya didakwa berlaku antara April 2021 dan Februari tahun ini.

“Langdon, yang digambarkan sebagai sangat aktif di media sosial, menggunakan beberapa nama pengguna dan alamat e-mel pada pelbagai pentas media sosial dan dalam beberapa kes, mengubah imejnya untuk kelihatan lebih muda,” kata Shetty.

Dilaporkan, mangsa yang tinggal di bahagian berlainan wilayah Ontario, wilayah paling ramai penduduk di Kanada, dipercayai antara yang disasarkan menggunakan aplikasi internet seperti Snapchat, Instagram, TikTok dan Twitter.

Semasa pemeriksaan di rumah Langdon, polis menemui pornografi kanak-kanak dan bukti yang menunjukkan bahawa Langdon menyerang secara seksual seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun di taman Toronto.

Suspek didakwa memiliki pornografi kanak-kanak setakat 2016 dan dilarang melawat taman awam atau berhubung dengan sesiapa di bawah umur 16 tahun.

Dia ditangkap pada 7 Februari dan ditahan sehingga kini. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -