Saturday, May 18, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Litar perlumbaan F1 Singapura kembali meriah

    SINGAPURA – Sebagai satu-satunya perlumbaan malam Formula Satu (F1), Litar Jalan Marina Bay menjadi ‘hidup’ apabila matahari terbenam.

    Hampir 2,000 buah lampu, kira-kira 226km kabel elektrik dan hampir 250 tiang sokongan menerangi litar 5.063km, menjadikan kawasan itu salah satu yang paling menakjubkan dalam kalendar perlumbaan.

    Walaupun litar yang menyala sangat menakjubkan untuk peminat, dan kelihatan sangat bagus di kaca televisyen di seluruh dunia, namun litar jalanan yang mempunyai 23 selekoh di pusat bandar itu memberikan cabaran hebat dari segi fizikal dan mental pemandu sepanjang musim.

    Haba dan kelembapan tinggi menguji ketahanan pemandu kerana mereka sering berpeluh dan kehilangan cecair badan yang tinggi. Ia juga memberi kesan kepada kru yang bekerja di sekitar litar, di mana mereka menemui cara kreatif untuk menyejukan badan seperti jurukamera hanya memakai tabdard media tanpa baju semasa sesi latihan pertama pada 30 September lalu.

    Topi juga satu kemestian. Sama ada mereka peminat Mercedes, Red Bull atau Scuderia Ferrari, sentiasa ada cara unik untuk menunjukkan sokongan mereka kepada pelbagai pasukan perlumbaan.

    Haba dan kelembapan tinggi menguji ketahanan pemandu kerana mereka sering berpeluh dan kehilangan cecair badan yang tinggi. – ANN/The Straits Times
    Hampir 2,000 lampu, kira-kira 226km kabel elektrik dan hampir 250 tiang sokongan menerangi litar 5.063km, menjadikan kawasan itu salah satu yang paling menakjubkan dalam kalendar perlumbaan. – ANN/The Straits Times
    Perlumbaan malam F1 di Litar Jalan Marina Bay menjadi hidup apabila matahari terbenam. – ANN/The Straits Times

    Pemandu juga perlu mengelak dari melakukan kesilapan kerana laluan litar yang singkat dan sempit, serta mempunyai selekoh tajam.

    Selain itu, keadaan cuaca hujan sejak beberapa hari kebelakangan telah menyebabkan banyak drama, kemalangan dan keputusan yang sukar diramal. Cuaca hujan sejak hari Sabtu dan Ahad, membuat litar semakin rumit untuk dikendali dan berbahaya. Marsyal terpaksa membersihkan jejak air yang berlebihan dengan penyapu dan berus. Pegawai, media dan anggota keselamatan terpaksa juga berlindung daripada hujan lebat.

    Perlumbaan telah ditangguhkan kerana cuaca buruk dengan kawalan perlumbaan mengeluarkan mesej sejam sebelum pelepasan mengumumkan penangguhan prosedur permulaan. Peminat menunggu dengan sabar. Dijadual bermula jam 8 malam, perlumbaan akhirnya dihentikan selepas pusingan formasi pada jam 9:05 malam.

    Ia adalah rekod permulaan perlumbaan ke-350 buat juara dunia dua kali, Fernando Alonso, dan perlumbaan malam terakhir buat juara dunia empat kali Sebastian Vettel. Pelumba Jerman itu, yang telah memenangi Grand Prix Singapura dengan rekod lima kali (2011, 2012, 2013, 2015, 2019) akan bersara selepas musim terakhirnya bersama pasukan Aston Martin.

    Perlumbaan itu tidak mencapai 61 pusingan penuh pada hari Ahad kerana tempoh maksimum untuk perlumbaan F1 ialah dua jam. Pada perlumbaan tersebut menyaksikan pemandu Red Bull, Sergio Perez memenangi perlumbaan di Singapura buat kali pertama, dihiasi dengan persembahan bunga api.

    Pelumba Mexico itu meraikan kemenangan kedua dalam perlumbaan musim ini dan kemenangan pertama di Singapura. Tetapi dia terpaksa menunggu lebih sejam sebelum kemenangan disahkan selepas siasatan dilancarkan untuk pelanggaran kereta keselamatan. Dia akhirnya disahkan oleh pengurus perlumbaan.

    Rakan sepasukan Perez dan pendahulu mata, Max Verstappen mempunyai hari yang untuk dilupakan, selepas dia terlepas peluang merangkul gelaran dunia kedua di Singapura.

    Verstappen, yang mendahului perlumbaan kejuaraan dengan kelebihan 116 mata di hadapan perlumbaan malam Singapura, menduduki tempat ketujuh untuk menamatkan lima kemenangan berturut-turutnya. Dia kini mendahului 104 mata daripada Charles Leclerc dari Ferrari dan 106 di hadapan rakan sepasukan Sergio Perez dengan baki lima perlumbaan.

    Pemburuan gelaran dan aksi perlumbaan berpindah ke Suzuka, di mana Verstappen boleh menamatkan kejuaraan di Grand Prix Jepun jika dia menamatkan saingan di hadapan kedua-dua pemandu dengan 112 mata.

    Perlumbaan malam Singa-pura telah menjana lebih daripada AS$1.5 bilion dalam kehadiran pelancongan tambahan sejak ia bermula pada 2008, dan menawarkan pekerjaan kepada kira-kira 30,000 orang di litar setiap hujung minggu perlumbaan. Banyak hotel di tepi litar dilaporkan telah penuh ditempah untuk perlumbaan hujung minggu, dengan Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) juga melaporkan bahawa purata kadar bilik harian dijangka melebihi kadar sejarah AS$440 semalam.

    Ia adalah peluang kepada peminat F1 di seluruh dunia untuk merasai pengalaman Singapura sambil mendekatkan diri dengan deruman enjin, serta wira perlumbaan mereka seperti pemandu Mercedes Lewis Hamilton dan George Russell, dan ketua pasukan Toto Wolff.

    Beberapa penonton juga sempat bertemu dengan memerang semasa berjalan-jalan di sepanjang plaza tepi laut di Queen Elizabeth Walk. Apabila pagar naik di pusat bandar sekali setahun, halangan dan pokok renek berbunga tidak menghalang penonton yang ingin cuba melihat sekilas litar F1 dari Millenia Walk.

    Pada Januari, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan GP Singapura mengumumkan perjanjian baharu tujuh tahun untuk meneruskan penganjuran perlumbaan Formula Satu di sini sehingga sekurang-kurangnya 2028.

    Ia adalah pembaharuan kontrak paling lama dengan Kumpulan F1 yang sebelumnya adalah antara empat dan lima tahun dan litar yang lebih panjang bertujuan untuk membantu meletakkan semula Singapura sebagai destinasi perniagaan dan gaya hidup serta memastikan negara itu mengekalkan kelebihan daya saingnya dalam jangka panjang. ANN/The Strait Times

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...