Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Liverpool padam rekod tanpa kalah Napoli

    LIVERPOOL, 2 NOV – Liverpool menamatkan siri 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara Eropah itu.

    Skuad kendalian Jurgen Klopp terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas kemenangan 2-0 di Anfield, dengan kedua-dua pasukan sudah mengesahkan kelayakan ke pusingan kalah mati lebih awal.

    Mohamed Salah memecah kebuntuan lima minit sebelum tamat permainan dan Darwin Nunez menambah jaringan untuk kemenangan kelima berturut-turut Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara sejak kekalahan 4-1 kepada Napoli pada September.

    Jurang tiga gol ke atas Liverpool itu memastikan skuad kendalian Luciano Spalletti hanya perlu mengelakkan daripada kalah dengan margin empat gol untuk kekal sebagai juara kumpulan.

    “Saya rasa pasukan saya bermain agak perlahan kerana kelebihan jurang gol yang kami ada. Pihak lawan pula memanfaatkan sepenuhnya peluang mereka pada akhir permainan,” kata Spalletti.

    Liverpool yang akan bertemu Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris Ahad ini, berjaya menamatkan 13 kemenangan Napoli yang hanya gagal menjaringkan gol kali kedua musim ini.

    The Reds mengalami kekalahan pertama Liga Perdana Inggeris di laman sendiri dalam tempoh lima tahun selepas dikejutkan Leeds 2-1 Sabtu lalu.

    “Kami menunjukkan reaksi yang baik. Tampil lebih kompak memberikan kesan. Tiba-tiba kami jadi lawan yang sukar,” kata Klopp. – AFP

    Aksi Roberto Firmino ketika perlawanan antara Liverpool dan Napoli di stadium Anfield, Liverpool, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...