Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Liverpool teruskan rentak kemenangan

    LONDON, 2 SEPT – Didorong oleh salah satu ‘malam terbaik’ mereka, Liverpool akan berusaha untuk melakar kesedihan baharu ke atas seteru setempat Merseyside, Everton pada hujung minggu ini.

    Pendahulu liga Arsenal bertandang ke Manchester United untuk melanjutkan kemenangan dan rekod sempurna tanpa kalah dalam Liga Perdana musim ini, manakala Thomas Tuchel mencari jawapan kepada masalah Chelsea.

    Perubahan besar berjaya dilakukan Liverpool berikutan kebimbangan yang terhasil selepas tiga perlawanan tanpa mencatat sebarang kemenangan.

    Selepas dua aksi berakhir dengan keputusan seri menentang Fulham dan Crystal Palace tumpas kepada Manchester United, sekali gus timbul persoalan ke atas pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengenai pasukannya yang bergelut masalah kecederaan.

    Namun segala kritikan berjaya dilenyapkan seminggu lalu apabila Liverpool membelasah Bournemouth 9-0 untuk menyamai rekod kemenangan terbesar Liga Perdana Inggeris.

    Reaksi Jurgen Klopp selepas Liverpool memenangi perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Newcastle United di stadium Anfield di Liverpool, England pada 31 Ogos 2022. – AP

    Mereka kemudiannya berjaya mencatat kemenangan tipis 2-1 menentang Newcastle hasil jaringan Fabio Carvalho di akhir minit permainan.

    Melepaskan kekecewaan yang terpendam atas permulaan goyah Liverpool, Klopp meraikan sambutan meriah di atas padang selepas gol Carvalho, sekali gus menggembirakan penyokong di Anfield.

    “Ia satu rangsangan besar daripada malam yang mengecewakan,” kata Klopp. “Salah satu malam terbaik yang pernah kami alami, begitulah bola sepak. “Tetapi kami perlu memastikan kami menggunakan dua hari ini dengan baik. Dua perlawanan terakhir kami mendapat enam mata, dan kami perlu berikan yang terbaik,” kata Klopp.

    Kini Klopp mahu Liverpool menyasarkan kemenangan pada hari Sabtu di Goodison Park menentang pasukan Everton yang masih menunggu kemenangan liga pertama mereka musim ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...