Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lukisan dipinjamkan Rusia terkandas di Seoul

    SEOUL, 18 APRIL – Puluhan lukisan hasil karya artis terkenal Rusia termasuk Wassily Kandinsky, terkandas di Seoul selepas satu pameran diadakan, akibat sekatan penerbangan yang dikenakan terhadap negara itu selepas pencerobohan Moscow ke atas Ukraine, kata penganjur hari ini.

    Lukisan oleh 50 artis Rusia termasuk Kandinsky, Kazimir Malevich dan Alexander Rodchenko, terkandas di Seoul selepas dipamerkan di Muzium Seni Sejong sejak Disember lalu.

    Namun susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, Februari lalu, negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan sekatan yang belum pernah dilakukan sebelum ini terhadap Moscow.

    Pameran di Seoul itu melabuhkan tirainya semalam, namun kesemua lukisan itu kini terkandas di ibu kota Korea Selatan berikutan semua penerbangan ditutup akibat sekatan ke atas Moscow, kata penganjur kepada AFP.

    Hasil seni itu dipinjamkan oleh empat institusi Rusia bagi pameran berkenaan, termasuk Muzium Seni Negeri Nizhny Novgorod dan Muzium Seni Halus Yekaterinburg.

    Kerja-kerja bagi memulangkan lukisan berkenaan sedang disiapkan, namun semua penerbangan disekat akibat peperangan di Ukraine. – AFP

    Papan tanda pameran lukisan oleh seniman terkenal Rusia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...