Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Vietnam sesuaikan sasaran kawalan COVID

    HANOI, 18 MAC – Vietnam telah mengubah sasarannya dalam menangani pandemik COVID, daripada mengawal jangkitan kepada mengawal kes serius dan kematian sahaja, sekali gus berhasrat menghapuskan penyakit itu daripada senarai ‘amat bahaya.’

    Pendekatan itu telah pun ditetapkan dalam resolusi kerajaan dikeluarkan kelmarin mengenai usaha-usaha pencegahan dan kawalan COVID pada tahun ini dan 2023.

    Sasaran matlamat Vietnam dalam tempoh tersebut adalah memastikan pengawalan efektif jangkitan, melindungi kehidupan dan kesihatan rakyat, meminimumkan jumlah penyakit serius dan kematian akibat penyakit itu dan membolehkan pemulihan ekonomi dan pembangunan, menurut dokumen itu.

    Dengan liputan vaksinasi tinggi, jumlah kematian di Vietnam menurun dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

    Dalam minggu lalu sahaja, meski-pun kadar jangkitan meningkat 16 peratus kepada 171,400 kes sehari secara puratanya, angka kematian menurun 14 peratus kepada 75 kes, menurut kementerian kesihatannya.

    Setakat Khamis, lebih 201 juta dos vaksin COVID telah pun diagihkan kepada sekitar 95 juta populasinya.

    Berdasarkan situasi sebenar, negara itu akan mempertimbangkan tidak menyenaraikan COVID-19 sebagai penyakit Kelas A, yang merupakan klasifikasi bagi ‘amat berbahaya’ dan menganggapnya hanya sebagai penyakit berjangkit ‘berbahaya’ sahaja. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...