Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Mahkamah tolak rayuan pencuri kereta, pecah rumah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Mahkamah Rayuan pada 22 November lepas telah menyemak semula perintah Mahkamah Perantaraan supaya hukuman penjara ke atas seorang pencuri bermula dari tarikh hukuman itu dijatuhkan, ditukar kepada dari tarikh tahanan remannya.

    Walau bagaimanapun permohonan perayu bersama pula telah ditolak.

    Abdul Rashid bin Libut dan Mohd Sofian bin Haji Mohd Hassan telah disabitkan pada 28 November 2020 selepas menjalani perbicaraan atas dua pertuduhan mencuri kenderaan dan dua kes pecah rumah pada waktu malam. Abdul Rashid disabitkan dengan tiga lagi pertuduhan mencuri kenderaan dan satu pertuduhan menerima harta curi. Sementara itu, Mohd Sofian turut disabitkan dengan dua lagi pertuduhan mencuri kenderaan.

    Terdahulu dalam prosiding tersebut, Abdul Rashid mengaku bersalah pada 22 Julai 2020 atas dua pertuduhan curi kenderaan, empat pertuduhan membantu melupuskan, menerima atau mengekalkan harta curi dan satu pertuduhan memberi pernyataan salah kepada Imigresen.

    Kesemua kesalahan yang dilakukan oleh kedua-duanya berlaku antara 16 Februari dan 7 September 2018.

    Yang Di-Pertua Mahkamah Rayuan Michael Peter Burrel, dibantu oleh Hakim Conrad Seagroatt dan Michael Lunn, memerhati Timbalan Pendakwa Raya Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Haji Abdul Latiff, dalam menjawab rayuan, dengan hujah bahawa hukuman individu dan keseluruhan yang dikenakan ke atas Abdul Rashid dan Mohd Sofian adalah wajar sepenuhnya, dengan mengambil kira sifat terancang dan berterusan jenayah mereka. Mahkamah Rayuan menolak permohonan Abdul Rashid, tetapi hanya menyemak perintah mula berkuat kuasa yang mengurangkan masa secara keseluruhan.

    Hukuman penjara tujuh tahun empat bulan dengan lima sebatan terhadap Abdul Rashid, yang turut diperintahkan membayar denda $1,000, atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya, pada asalnya diperintahkan bermula dari tarikh hukuman itu dijatuhkan pada 28 November 2020 namun telah ditukar kepada tarikh tahanan reman pertamanya bermula pada 7 September 2018.

    Hukuman penjara tujuh tahun dengan lima sebatan terhadap Mohd Sofian pula dikekalkan, kerana melihat tiada sebab untuk mengurangkannya mengikut alasan permohonan berkenaan. Mahkamah Rayuan memberi pandangan sekali lagi dan menyatakan bahawa hukuman terhadap Mohd Sofian kelihatan lebih tinggi daripada dalam keadaan yang biasa.

    Setelah mengambil kira rekod jenayah Abdul Rashid sebelum ini dan rekod bersih Mohd Sofian, Mahkamah Rayuan melihat bahawa hakim yang menjatuhkan hukuman telah mengambil kira pelbagai perkara yang memburukkan dalam melakukan kesalahan itu.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...