Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Majlis bertahlil Jabatan Penjara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Sempena sambutan hari ulang tahun penubuhannya ke-69 tahun, Jabatan Penjara telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Muda Haji Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Guru Agama Penjara Maraburong Fasa 1, Awang Mohd Azmi bin Haji Ahmad.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Pengarah Penjara, Haji Mohammed Fadzillah bin Haji Ismail, ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan KHEDN dan warga Jabatan Penjara.

    Sementara itu, malam tadi, Jawatankuasa Keagamaan Jabatan Penjara telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, STKRJ Kampung Rimba.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin hadir pada majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja sempena ulang tahun ke-69 penubuhan Jabatan Penjara.
    Jawatankuasa Keagamaan Jabatan Penjara mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, STKRJ Kampung Rimba. – Gambar oleh Malai Fadley

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) di KHEDN, Awang Salminan bin Haji Burut.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh imam masjid, Pengiran Muhammad Nur Firdaus bin Pengiran Metussin.

    Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Surah Yasin, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan sembahyang Fardu Isyak berjemaah yang diketuai oleh imam masjid, Haji Sudirman bin Haji Metussin.

    Turut hadir ialah Haji Mohammed Fadzillah; Pemangku Timbalan Pengarah Penjara, Awang Bahrin bin Haji Mohammad Yassin, ketua-ketua jabatan dan para pegawai kanan di bawah KHEDN serta warga Jabatan Penjara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...