Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Majlis khatam Al-Quran rancak dilaksanakan

    Oleh Ak Zaki Kasharan, Yusrin Junaidi, Salawati Haji Yahya & Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Dalam menyemarakkan sekali gus meraih ganjaran pahala dan keberkatan di bulan Ramadan ini dan sempena sambutan Nuzul Al-Quran, pelbagai pihak di negara ini berlumba-lumba mengadakan majlis keagamaan termasuk khatam Al-Quran.

    Jawatankuasa Ibadah Friendly Hospital (IFH), Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) adalah antara yang menganjurkan majlis khatam, hari ini, yang berlangsung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tahunan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku pengerusi Lembaga Pengarah PJSC. Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif PJSC, Dr Haji Mazrul Adimin bin Haji Awang Besar, warga pengurusan dan kakitangan PJSC.

    Majlis turut diserikan dengan penyerahan sumbangan kepada kakitangan mualaf.
    Sementara itu, Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya pula mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Nuzul Al-Quran di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman.

    Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua menyerahkan sumbangan kepada salah seorang kakitangan mualaf PJSC.
    Yang Berhormat Menteri Pendidikan ketika hadir selaku tetamu kehormat pada majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Universiti Brunei Darussalam, kelmarin.
    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat pada majlis khatam Al-Quran yang diadakan oleh TAP secara maya, kelmarin. – Gambar serahan TAP
    Datin Hajah Dayang Siti Hajar bersama antara yang hadir pada majlis khatam Al-Quran secara maya yang diadakan oleh MWNBD.

    Turut hadir ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.

    Majlis pada tahun ini dikendalikan bersama oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Peperiksaan, Urus Setia Majlis Pelajaran Kebangsaan (UMPK), Pusat Teknologi Pendidikan dan Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3), Kementerian Pendidikan.

    Turut mengadakan majlis seumpamanya hari ini adalah Tabung Amanah Pekerja (TAP) yang berlangsung secara maya.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku pengerusi Lembaga TAP.

    Majlis juga diselajurkan dengan bacaan Doa Selamat dan tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Manakala itu, lebih 80 orang ahli dari 13 buah persatuan wanita yang bergabung dalam Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) telah menghadiri Majlis Khatam Al-Quran secara maya, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Di-Pertua MWNBD, Datin Hajah Dayang Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd Yusof.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...