Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Makluman gangguan bekalan air

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan orang ramai mengenai kemungkinan berlakunya gangguan bekalan air di sebahagian kawasan Daerah Brunei dan Muara termasuk Mukim Lumapas, Mukim Kota Batu, sebahagian Mukim Berakas dan RPN Lambak Kanan.

    JKR menjelaskan, sejak beberapa hari kebelakangan ini kualiti air mentah Sungai Tutong tidak konsisten dan mengakibatkan warna air mentah menjadi lebih gelap (kehitaman) daripada yang lazimnya kerana peningkatan bahan organik dan tanah yang mengalir ke hilir sungai melalui larian permukaan tanah.

    Ia menjejaskan hasil pengeluaran air bersih di Loji Rawatan Bukit Barun dan bekalan air ke tangki utama Kiarong yang membekalkan air ke kawasan Kota Batu, Subok dan Lumapas.

    Walau bagaimanapun, pihak jabatan telah meningkatkan usaha untuk menangani isu air berwarna dengan melaksanakan pelbagai kerja operasi seperti memantau kualiti air mentah dan air proses setiap dua jam di loji rawatan air, memantau kualiti air di tangki-tangki simpanan air dan rangkaian paip air setiap hari dan penyelarasan dos bahan kimia mengikut kualiti air mentah pada masa kini.

    Selain itu, pihak jabatan juga memastikan segala tangki penapisan, kolam penjernih, dos kimia, pam-pam dan sebagainya di loji rawatan air berfungsi dengan baik.

    Dalam pada itu, JKR telah menempatkan beberapa tangki air biru di beberapa lokasi iaitu Simpang 665-15 Jalan Mambarong, No 71 Jalan Kecil Pawas, Pejabat Pos Lumapas dan Simpang 46-12 STKRJ Kampung Lumapas. Di Kampung Subok, ia akan ditempatkan di Taman Riadah Tasik Sarubing dan Masjid Kampung Belimbing, Subok

    JKR menasihatkan orang ramai untuk mengisi air bersih ke dalam bekas-bekas air dan bagi yang mempunyai tangki rumah dan penapis air persendirian dinasihatkan untuk memastikan peralatan sentiasa dalam keadaan bersih dengan melakukan flushing dan backwashing rutin.

    Bagi orang ramai yang tidak mempunyai tangki rumah dan penapis, disarankan untuk menghubungi Talian Darussalam 123 ataupun melalui WhatsApp 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya Brunei Darussalam ataupun Instagram JKRBRUNEI agar pihak jabatan dapat melaksanakan kerja-kerja flushing ke atas pili-pili bomba berdekatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...