Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Malacia pemain baharu Red Devils

    LONDON, 6 JULAI – Manchester United melengkapkan pembelian mereka untuk mendapatkan pemain pertahanan Feyenoord, Tyrell Malacia kelmarin ketika Erik ten Hag membuat pembelian pemain pertamanya sejak mengambil alih di Old Trafford.

    United dilaporkan menandatangani Malacia dalam perjanjian AS$15.4 juta selepas membuat bidaan saat akhir untuk mendapatkan pemain pertahanan Belanda itu, yang hampir menyertai kelab Perancis, Lyon.

    Pemain berusia 22 tahun itu telah bersetuju dengan kontrak empat tahun yang ditawarkan dengan pilihan sambungan kontrak selama 12 bulan.

    Ia merupakan pembelian terpenting bagi Ten Hag, yang telah dikaitkan dengan pelbagai pemain berpotensi sebelum akhirnya menjadikan Malacia sebagai pemain pertama dalam era baharu United.

    Ten Hag tiba di United Mei lalu selepas menamatkan tempoh kariernya di Ajax, di mana dia mempunyai banyak peluang untuk melihat kualiti Malacia bersama pesaing Belanda, Feyenoord.

    Malacia, yang membuat 136 penampilan semasa di Feyenoord, berkata, “Ia satu perasaan yang luar biasa untuk menyertai Manchester United. Ini merupakan lembaran baharu bagi saya, liga baharu dengan rakan sepasukan baharu dan pengurus dengan kepimpinan yang hebat.

    “Saya tahu perkara itu semasa bermain menentang pasukannya di Eredivisie. Kualiti yang dia ada dan apa yang dia mahukan daripada pemainnya,” tambahnya.

    Malacia, yang kebanyakannya bermain di posisi bek kiri, dijangka menjadi sebahagian daripada skuad United yang berlepas ke jelajah pramusim Thailand dan Australia pada Jumaat ini.

    “Kini saya bersedia fokus pada masa hadapan bersama United, dan membantu kelab baharu saya mencapai kejayaan,” tambahnya lagi. – AFP

    Tyrell Malacia menyertai Man United dengan perjanjian kontrak bernilai AS$15.4 juta. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...