Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Malaysia, Qatar kerjasama tangani rasuah

    DOHA, 12 SEPT – Malaysia dan Qatar berhasrat meningkatkan kerjasama saintifik dan praktikal dalam memerangi rasuah dan berkongsi pengalaman untuk meningkatkan ketelusan dan integriti sektor swasta kedua-dua negara.

    Presiden Pihak Berkuasa Kawalan Pentadbiran dan Ketelusan Qatar (ACTA) Hamad bin Nasser Al Misnad berkata demikian semasa pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan delegasinya di pejabat beliau di sini pada Ahad.

    Semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak mengkaji usaha masing-masing dalam menggalakkan integriti dan memerangi rasuah, dengan mengambil kira persamaan kompetensi ACTA dan SPRM dalam bidang pencegahan, latihan dan memperkenalkan integriti dalam sektor swasta. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...