Sunday, April 28, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Man City kekal lapan pasukan terbaik Eropah

    MANCHESTER, 10 MAC – Pep Guardiola berkata kejayaan Manchester City mara ke suku akhir Liga Juara-Juara perlu diraikan walaupun sekadar seri tanpa jaringan menentang Sporting Lisbon.

    Juara Inggeris itu membawa bekalan 5-0 hasil kemenangan pada aksi pertama di Lisbon tiga minggu lalu dan City kini belum pernah tercicir daripada kelompok lapan terakhir dalam lima musim berturut-turut.

    “Ia isyarat yang baik. Sedekad lalu, kelab ini membangun langkah demi langkah. Setiap musim bermain di kejohanan ini, layak ke 16 terakhir dan kini antara lapan pasukan terbaik di Eropah,” kata Guardiola.

    City juga berada di landasan terbaik untuk gelaran Liga Perdana Inggeris keempat dalam lima musim, tetapi trofi Liga Juara-Juara Eropah masih belum pernah dijulang kelab dimiliki jutawan Abu Dhabi itu.

    Guardiola sedar legasinya di Manchester akan dinilai menerusi keupayaannya untuk menjadikan City juara Eropah. Namun dia tidak mahu kemampuan pasukan itu menjadi pesaing terus diabaikan.

    Penyerang Sporting Lisbon Nuno Santos (kanan) berebut bola dengan pemain Manchester City CJ Egan-Riley dalam perlawanan di Stadium Etihad di Manchester pada 9 Mac 2022. – AFP

    “Setiap tahun apabila kami layak ke Liga Juara-Juara saya meraikannya kerana saya tahu betapa sukarnya ia. Apabila layak ke 16 terakhir, saya raikan.

    “Sekarang saat untuk mengucapkan tahniah kepada semua orang, fokus kepada Liga Perdana Inggeris dan tunggu siapa lawan kami nanti,” katanya.

    Guardiola memberikan penampilan Eropah pertama buat pemain remaja CJ Egan-Riley selepas beberapa tonggak pertahanannya cedera, sama ada masalah kesihatan atau digantung.

    Rodri, Kevin De Bruyne dan Riyad Mahrez bermula di bangku simpanan, tetapi City masih mempunyai beberapa peluang untuk memenangi perlawanan.

    Raheem Sterling terlepas peluang menjaringkan gol selepas mendapat hantaran cantik daripada Phil Foden. Di babak kedua, jaringan Gabriel Jesus dibatalkan kerana ofsaid.

    Guardiola turut memberi peluang kepada penjaga gol 36 tahun Scott Carson untuk penampilan Liga Juara-Juara sulungnya sejak tahun 2005, menggantikan Ederson ketika permainan berbaki 17 minit. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...