Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Marquez sedia rebut gelaran dunia Moto GP ketujuh

    MADRID, 9 FEB – Juara dunia Moto GP enam kali, Marc Marquez menegaskan kelmarin objektifnya ‘adalah untuk mempertahankan kejuaraan’ musim ini selepas mengalami masalah penglihatan pada tahun lalu.

    “Matlamat saya adalah untuk mempertahankan kejuaraan,” kata Marquez pada majlis memperkenalkan pasukan Honda.

    Pelumba Sepanyol itu mengalami masalah penglihatan berganda pada penghujung musim lalu selepas terjatuh ketika berlatih menunggang motosikal motocross.

    Dia terlepas dua perlumbaan terakhir dan kemudian terpaksa mengikuti ujian pramusim di Jerez pada November lalu.

    “Keadaan kritikal dengan penglihatan berganda dan tiada siapa yang tahu apa yang boleh berlaku, tetapi saya mengikut nasihat doktor dan semuanya berjalan lancar,” kata Marquez.

    Selepas dua kempen yang dibelenggu kecederaan, Marquez memburu gelaran dunia kesembilannya dalam semua format, yang akan menyaksikan dia menyaingi legenda Itali, Valetino Rossi.

    Marquez yang berusia 28 tahun dapat mengambil bahagian dalam latihan di Sepang minggu lalu, yang diakuinya sebagai ‘mengejutkan’.

    “Bermula dari sini, matlamatnya adalah untuk bekerja keras dalam pramusim dan berjuang untuk meraih kejuaraan,” kata Marquez.

    “Saya tahu sejak awal lagi saya tidak berada di sini untuk membersihkan nama dalam perlumbaan pertama, malah untuk menang dan mungkin juga tidak naik podium. – AFP

    Marc Marquez menegaskan objektifnya ‘adalah untuk mempertahankan kejuaraan’ musim ini selepas mengalami masalah penglihatan tahun lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...