Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Meriahkan cuti penggal persekolahan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Bagi memeriahkan cuti penggal persekolahan penghujung tahun, Jabatan Muzium-muzium (JMM) dengan kerjasama Sparks Co mengadakan aktiviti Fun at the Hub mulai hari ini hingga 18 Disember di Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja, di ibu negara.

    Perasmiannya disempur-nakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), timbalan setiausaha tetap dan pengarah-pengarah di KKBS.

    Aktiviti itu diungkayahkan untuk menggalakkan orang ramai terutama penduduk setempat mengunjungi hab tersebut bagi mengetahui tentang sejarah Negara Brunei Darussalam sebelum dan selepas penemuan minyak dan gas bagi memupuk penghargaan kepada khazanah warisan negara.

    Selain JMM, ia melibatkan jabatan-jabatan dalam sektor kebudayaan iaitu Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, KKBS, Pusat Sejarah Brunei dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Aktiviti tambahan turut disediakan untuk menarik minat orang ramai hadir dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijadualkan. Dengan aktiviti itu, ia turut mendukung matlamat Keluarga Kebangsaan yang memfokuskan kepada tema ‘Bersama Memeduli Keluarga’ untuk menggalakkan setiap ahli keluarga meluangkan masa yang berkualiti bersama.

    Matlamat yang ingin dicapai ialah menyatukan, menyantun dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan penuh rasa kasih sayang, tanggungjawab serta memupuk rasa hormat-menghormati dalam diri setiap keluarga.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar ramai semasa majlis berkenaan.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi melawat petak pameran yang ada semasa majlis berkenaan.
    Antara persembahan yang menyerikan acara Fun at the Hub yang berlangsung di Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja, di ibu negara. Acara itu adalah bagi memeriahkan cuti penggal persekolahan penghujung tahun yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium-muzium (JMM) dengan kerjasama Sparks Co bermula kelmarin hingga 18 Disember. – Gambar oleh Bahyiah Bakir

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...